Sebagai guru, kita
hendaklah mengetahui teknik – teknik atau pun cara – cara untuk menangani
masalah dan perlakuan pelajar – pelajar ini. Pertama guru itu sendiri boleh
mengadakan aktiviti bimbingan dan kaunseling. Guru kaunseling dan guru kelas
boleh bekerjasama menangani masalah pelajar di bilik darjah, tetapi yang paling
penting guru perlu mempunyai kemahiran menangani masalah salah laku, melibatkan diri dengan aktif dalam mengubal dasar dan
polisi yang berkaitan dengan masalah disiplin, mengendalikan program – program
yang berkaitan dengan disiplin dan bekerjasama di antara guru dan pihak
pentadbir.
Kedua, guru perlulah
memulakan pembelajaran dengan niat. Langkah pertama bermula sebelum memasuki
kelas lagi. Seseorang guru itu perlu memperbetulkan niatnya. Niat seorang guru
ialah untuk memberikan ilmu kepada pelajar-pelajarnya. Niat yang baik pula
perlu disertai dengan doa. Bagi yang beragama Islam, berdoalah supaya Allah
dapat mempermudahkan pekerjaan kita supaya kita boleh mengajar dengan sebaik
mungkin.
Ketiga, sebagai guru kita perlu mengenali pelajar-pelajar kita. Setiap pelajar mempunyai perlakuan yang berbeza dan mempunyai latar belakang yang berlainan. Ada pelajar yang tidak boleh ditegur dengan nada kasar atau dimarahi dengan nada tinggi di mana tidak seperti zaman dahulu. Memang ada waktunya ego guru tercabar dengan tingkah laku pelajar namun guru perlu bersabar dalam menangani masalah ini. Memarahi pelajar dengan meninggikan suara belum tentu dapat mengubah tingkah laku pelajar, malah mungkin akan mengakibatkan masalah menjadi lebih teruk. Mungkin pelajar pula yang akan bertindak lebih agresif kerana pantang dicabar, atau mungkin akhirnya menyebabkan guru pula yang bertindak di luar tahap kesabarannya .Sebagai guru kita tidak perlu berasa takut kepada pelajar dan mengikut kehendak mereka.. Cuma yang perlu guru lakukan ialah mencari ‘soft spot’ dalam diri pelajar. Pelajar yang menimbulkan masalah di dalam kelas berkemungkinan merupakan pelajar yang mempunyai masalah keluarga atau masalah dalam mencari identiti sendiri serta terpengaruh dengan persekitaran dan gejala-gejala yang negatif . Oleh itu, kenali diri mereka dan dekati mereka mengikut kaedah yang paling sesuai.

Keempat, sebelum seseorang
guru itu memasuki sesebuah kelas, guru itu seharusnya sudah tahu tingkah laku pelajar-pelajarnya. Apa pun keadaannya,
sebelum memulakan pelajaran, guru perlu menghentikan segala bentuk aktiviti
pelajar dan memastikan kehadiran guru disedari oleh pelajar. Pengajaran dan
pembelajaran tidak boleh dimulakan selagi pelajar tidak bersedia untuk menerima
pelajaran. Pada waktu ini, guru perlu berdiri di tengah-tengah kelas sebelah
hadapan. Pandang setiap pelajar. Lazimnya, ada yang akan menyedari kehadiran
guru dan memaklumkan kehadiran guru kepada rakan-rakan yang lain. Setelah
semuanya berdiri dan bersedia, pandanglah ketua kelas. Ketua kelas menunggu
isyarat daripada guru untuk mengetuai rakan-rakannya memberi salam kepada guru.
Namun sekiranya kehadiran guru tidak dipedulikan, guru perlu mencari kaedah lain dalam memastikan pelajar-pelajar sedar yang guru sudah bersedia untuk mengajar .Tidak salah seandainya guru yang memberi salam dahulu kepada pelajar-pelajar. Salam perlu diberi dengan suara yang lantang dan jelas. Pelajar-pelajar pasti dapat dikejutkan dan akan membalas salam guru. Bagi pelajar-pelajar yang masih meneruskan aktiviti-aktiviti mereka, sedarkan mereka dengan memanggil nama mereka. Selagi pelajar tersebut tidak berdiri tegak dan bersedia, jangan benarkan pelajar-pelajar lain duduk. Kalaupun mungkin tidak mahu peduli akan kehadiran guru dan tidak menghormati guru, pelajar-pelajar yang bermasalah ini pasti akan menghentikan aktiviti-aktiviti yang sedang mereka lakukan setelah didesak oleh rakan-rakan yang berdiri.
Kelima, sayangilah pelajar- pelajar kita. Guru ialah ‘ibu bapa’ pelajar di sekolah. Guru perlu menyayangi pelajar-pelajarnya. Mereka ialah anak-anak didik yang perlu diberi perhatian dan diasuh dengan budi pekerti yang tinggi. Mereka lebih memerlukan kasih sayang bukan disogok oleh arahan demi arahan. .Jika mahu pelajar mempunyai akhlak yang baik, guru perlu menjadi ‘role model’ yang dapat diteladani oleh pelajar. Guru perlu bercakap dengan pelajar dengan nada yang lembut tetapi tegas . Cara ini lebih berkesan daripada bercakap dengan nada keras dan garang. Pelajar-pelajar sekarang tidak suka dikuasai. Mereka akan cepat melawan. Guru bukanlah ‘diktator’ tetapi merupakan fasilitator atau pembimbing pelajar.
Selain itu, panggil lah nama pelajar ketika bercakap dengannya. Pelajar lebih mudah memberi perhatian. Sebaik-baiknya dengan panggilan nama penuh. Atau pun guru boleh memanggil pelajar dengan singkatan nama yang disukainya. Tanyalah pelajar tersebut. Namun sekiranya nama tersebut hanya nama gelaran dan yang direka oleh pelajar, lebih baik guru menggunakan nama penuhnya. Jangan mudah menurut kehendak pelajar semata-mata ingin membuatkan pelajar suka kepada kita. Pelajar tersebut mungkin cuba mempermain-mainkan guru.
Keenam, beri penjelasan kepada setiap teguran yang diberikan. Setiap kali menegur sikap negatif pelajar, seharusnya dia diberi penjelasan kenapa tingkah lakunya merupakan satu kesalahan. Nyatakan kesan yang akan dihadapi oleh dirinya sendiri dan kesan perlakuannya kepada orang lain. Jelaskan juga kenapa dia perlu memberi kerjasama kepada guru supaya tidak mengganggu kelas. Ada kemungkinan, pelajar yang bermasalah tidak ambil peduli kesan yang ditimbulkannya. Mungkin juga mereka memang berniat untuk menganggu kelas. Tujuannya lebih untuk berseronok dan mendapat perhatian daripada guru. Guru perlu tegas dalam hal ini. Tegur dengan baik dan pastikan pelajar yang bermasalah ini tahu bahawa mereka tidak boleh berbuat demikian. Maklumkan kepada pelajar-pelajar bahawa guru mengambil berat terhadap mereka dan mahu mereka berkelakuan baik.
Ketujuh, hargailah pelajar- pelajar kita. Setiap kali pelajar akur dengan arahan atau setiap kali pelajar menunjukkan perubahan walaupun sedikit, pujilah dia di hadapan kawan-kawannya. Tunjukkan kepada pelajar tersebut bahawa perubahannya itu menggembirakan semua orang. Pelajar perlu tahu bahawa dia membantu dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih berkesan dan guru amat menghargai tindakan yang diambilnya.
Bagi pelajar yang tidak mengganggu kelas tetapi tidur dalam kelas dan malas hendak membuat latihan atau kerja yang diminta oleh guru, dengan cara lembut tetapi tegas, mintalah supaya pelajar tersebut bangun. Beri peluang kepada pelajar supaya lebih cergas dengan mengizinkannya keluar dari kelas dan pergi ke tandas. Minta pelajar membasuh muka dan menghirup udara di luar kelas sebelum masuk ke kelas semula. Nyatakan juga bahawa guru mengharapkan pelajar dapat kembali ke dalam kelas dan mengikuti pelajaran.

Jika pelajar tidak mahu ke
tandas jangan dipaksa. Sebaliknya pinta supaya pelajar tersebut berdiri dan
mengemaskan pakaiannya atau setidak-tidaknya duduk tegak dan membuat kerja yang
diberi. Mungkin pada peringkat awal, pelajar tersebut akan tidur semula apabila
guru memberi perhatian kepada pelajar lain. Jangan berputus asa. Kembali semula
kepadanya. Ulangi tindakan. Yang penting, pelajar akan sedar bahawa dia juga
diberi perhatian. Selain itu, guru juga boleh membuat aktiviti yang
menyeronokkan dan menghiburkan seperti bermain permainan, menyanyi, dan
berlawak untuk membentuk suasana pembelajaran yang menarik.
Kemungkinan kaedah di atas membuahkan hasil amat bergantung kepada siapa pelajar kita, dan suasana yang kita hadapi .Masalah mungkin tidak dapat diselesaikan dalam sekelip mata, mungkin juga tidak dapat diselesaikan langsung oleh guru itu sendiri. Namun guru bukan sendirian. Bantuan daripada rakan-rakan guru yang lain amat penting sekiranya melibatkan masalah yang besar. Jalan terakhir, serahkan tugas mendisplinkan pelajar kepada guru disiplin dan pentadbir sekolah. Namun , guru harus sedar tindakan tersebut ialah tindakan yang terakhir. Biasanya, pelajar yang dihantar kepada guru disiplin akan didenda dengan rotan. Jika pelajar tersebut sering dihantar ke pejabat untuk tindakan disiplin, pastinya sukar untuk membuatnya berubah kerana dia pasti sudah lali dengan hukuman rotan tersebut. Malah guru akan hilang kewibawaan dalam menangani masalah disiplin pelajar-pelajarnya ,apatah lagi sekiranya kesalahan pelajar adalah kecil. Guru harus terlebih dahulu cuba untuk menangani pelajar bermasalah dengan cara diplomasi. Guru tidak seharusnya berputus asa. Cuba kaedah pandang dan dengar daripada pelajar yang bermasalah itu, cuba menaikkan semangat pelajar-pelajar itu semula, dan bantulah dengan sedaya upaya yang boleh kerana mereka masih tidak mengerti dan memahami cara untuk menyelesaikan masalah dan hanya mengikut naluri dan persekitaran.
Gagal atau berhasil nya usaha guru merupakan perkara yang kedua. Yang utamanya ialah guru sudah berusaha. Tidak semua pelajar dapat ‘diselamatkan’. Tidak semua pelajar boleh dibentuk menjadi yang baik dan berkualiti. Guru perlu sedar akan hakikat itu. Yang pentingnya, guru meminimumkan jumlah pelajar yang sedemikian. Biarpun tidak cemerlang dalam pelajaran, tetapi biarlah pelajar-pelajar yang keluar daripada alam persekolahan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Kita ingin melahirkan generasi akan datang mengikut acuan kita sendiri. Biarpun mungkin bentuknya tidak cantik tetapi yang pentingnya rasa kuih yang dihasilkan adalah sedap. Mungkin pelajar yang bermasalah ini tidak dapat dibentuk menjadi doktor mahupun peguam ataupun apa-apa pekerjaan kolar putih, namun yang lebih penting ialah mereka dapat menjadi warganegara Malaysia yang dapat menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan negara. Menjadi tukang sapu atau pengutip sampah pun, tidak mengapa. Kalau tidak ada tukang sapu dan pengutip sampah, siapa pula yang akan menjalankan kerja-kerja pembersihan? Namun, tukang sapu dan pengutip sampah yang ingin kita hasilkan ialah seorang yang rajin bekerja, yang mempunyai budi pekerti yang tinggi dan yang menghindarkan diri daripada perlakuan jenayah. Mereka ini pasti dapat memberi sumbangan dalam pembangunan negara.

Oleh itu, sebagai guru
tindakan kita hendaklah memastikan pelajar – pelajar ini tidak mempunyai
masalah di bilik darjah dan fokus dengan pembelajaran. Memahami setiap tingkah
laku dan permasalah pelajar dengan lebih prihatin dan penuh kasih – sayang.
![]() |
| kaedah pembelajaran berkesan |

No comments:
Post a Comment