Total Pageviews

Saturday, 3 May 2014

STRATEGI GURU MENARIK MINAT PELAJAR DALAM PROSES PEMBELAJARAN

Keupayaan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pengajaran bergantung kepada pemilihan strategi pengajaran guru. Terdapat guru yang tidak mengendahkan strategi yang perlu disusun untuk menarik minat pelajar dalam pembelajaran. Tanpa strategi guru itu sendiri menyebabkan pelajar boleh terlibat dan cenderung untuk melakukan perkara-perkara negatif dalam tingkah laku mereka. Kesan pengajaran bergantung kepada pengolahan kesemua elemen yang digunakan oleh guru yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif,seterusnya dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan. Antara strateginya adalah :

1) Cara fakta disampaikan
Berdasarkan kriteria bagaimana fakta atau isi pelajaran disampaikan dan diterangkan seperti pendekatan induktif iaitu menampilkan contoh dahulu sebelum hukum-hukum tatabahasa dijelaskan kepada pelajar. Manakala, pendekatan deduktif pula ialah satu kaedah mengajar yang komplek. Bagi pendekatan elektik, ia merupakan gabungan antara pendekatan deduktif dan induktif.

2) Cara pengelolaan murid
Guru seharusnya tahu bagaimana hendak menangani pelajar yang berbeza akhlak dan cara pembelajaran mereka. Guru harus memberi pengajaran mereka dengan cara yang berbeza misalnya pelajar yang mempunyai taha IQ yang tinggi dan rendah ,mereka belajar dari sudut cara yang berbeza. Maka guru harus tahu perbezaan mereka supaya tidak menjadi masalah kepada pelajar itu sendiri.

3) Penggunaan Bahasa
Guru seharusnya menggunakan bahasa yang sesuai apabila menyampaikan pengajaran. Ada guru yang suka menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa untuk mengajar, sedangkan tidak semua murid mahir dalam berbahasa inggeris, Maka guru seharusnya menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh pelajaran kerana penggunaan bahasa yang tidak mudah difahami oleh mereka menyebabkan mereka mudah mengantuk dan malas untuk memberi perhatian dalam kelas. 


Friday, 2 May 2014

TINGKAH LAKU BERMASALAH

Konsep Tingkah Laku Bermasalah
Menurut kamus dewan,1979, Tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai laku.Tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal atau terkeluar dari nilai norma sosial masyarakat termasuk sekolah.Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku social yang positif bagi seseorang individu(Bear,Wolf and Risley,1968).

Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah
Dikategorikan kpd minor,major dan kronik bergantung kepada darjah keseriusan masalah tersebut.
Minor- Tidak perlu tindakan disiplin yg serius atau pemulihan
Kronik- Kaunseling atau penggunaan teknik modifikasi tingkah laku


MINOR
-Perakuan yg tidak mengikut peraturan dan prosedur kelas dan tingkah laku ini jarang-jarang berlaku
-tidak mengganggu aktiviti bilik darjah dan urusan pembelajaran
-melakukan aktiviti yg tidak berkaitan dgn p&p,bertengkar dan buang masa semasa aktiviti kumpulan dan enggan mematuhi arahan guru.

MAJOR
-tingkah laku bermasalah major bertambah dari segi kekerapan dan jumlah yg mengganggu pelajaran murid lain
-mencabar guru, hiperaktif,pengasingan diri,meniru semasa peperiksaan,suka membuli, merosakkan harta benda dan mencuri.

KRONIK
-tingkah laku bermasalah serius yang ditunjukkan secara berterusan dan konsisten serta sukar untuk diubah
- perlukan perancangan intervensi jangka panjang kerana murid kerap menentang usaha guu membetulkan perlakuannya.
-jika tidak diperbetulkan,boleh membawa kepada masalah emosi dan social yg serius
-mencuri,merampas,mengancam/membuli,ponteng dan kemurungan



Di dalam tingkah laku bermasalah negatif, tingkah laku bergantung merupakan kelakuan yang membahayakan diri dan tidak mengganggu murid yang lain. Misalnya mereka yang berkelakuan kebimbangan, pergantungan berlebihan, pengunduran diri dan pengasingan diri telah dikategorikan dalam tingkah laku bermasalah bergantung.


Tambahan pula, tingkah laku bermasalah positif iaitu tingkah laku ingin tahu boleh merujuk kepada murid-murid bersikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Misalnya, murid-murid menyentuh barang tanpa mendapat kebenaran daripada guru. Tingkah laku ini akan menimbulkan situasi yang berbahaya terutamanya dalam makmal. Hali ini boleh membahayakan keselamatan mereka kerana peralatan makmal boleh menyebabkan kecederaan kepada murid-murid. Oleh itu, guru harus memberi arahan yang sebaik mungkin untuk mengelakkan kejadian daripada berlaku.