Total Pageviews

Saturday, 3 May 2014

STRATEGI GURU MENARIK MINAT PELAJAR DALAM PROSES PEMBELAJARAN

Keupayaan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pengajaran bergantung kepada pemilihan strategi pengajaran guru. Terdapat guru yang tidak mengendahkan strategi yang perlu disusun untuk menarik minat pelajar dalam pembelajaran. Tanpa strategi guru itu sendiri menyebabkan pelajar boleh terlibat dan cenderung untuk melakukan perkara-perkara negatif dalam tingkah laku mereka. Kesan pengajaran bergantung kepada pengolahan kesemua elemen yang digunakan oleh guru yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif,seterusnya dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan. Antara strateginya adalah :

1) Cara fakta disampaikan
Berdasarkan kriteria bagaimana fakta atau isi pelajaran disampaikan dan diterangkan seperti pendekatan induktif iaitu menampilkan contoh dahulu sebelum hukum-hukum tatabahasa dijelaskan kepada pelajar. Manakala, pendekatan deduktif pula ialah satu kaedah mengajar yang komplek. Bagi pendekatan elektik, ia merupakan gabungan antara pendekatan deduktif dan induktif.

2) Cara pengelolaan murid
Guru seharusnya tahu bagaimana hendak menangani pelajar yang berbeza akhlak dan cara pembelajaran mereka. Guru harus memberi pengajaran mereka dengan cara yang berbeza misalnya pelajar yang mempunyai taha IQ yang tinggi dan rendah ,mereka belajar dari sudut cara yang berbeza. Maka guru harus tahu perbezaan mereka supaya tidak menjadi masalah kepada pelajar itu sendiri.

3) Penggunaan Bahasa
Guru seharusnya menggunakan bahasa yang sesuai apabila menyampaikan pengajaran. Ada guru yang suka menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa untuk mengajar, sedangkan tidak semua murid mahir dalam berbahasa inggeris, Maka guru seharusnya menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh pelajaran kerana penggunaan bahasa yang tidak mudah difahami oleh mereka menyebabkan mereka mudah mengantuk dan malas untuk memberi perhatian dalam kelas. 


No comments:

Post a Comment